Showing posts with label Ujian Pendengaran. Show all posts
Showing posts with label Ujian Pendengaran. Show all posts

Monday, 5 May 2014

PROMOSI BULAN MEI: DISKAUN SEHINGGA 30%


MEI : BULAN DENGAR & CAKAP


Bulan Dengar & Cakap: Mei adalah satu program tahunan yang diadakan di banyak negara di seluruh dunia. 
Ia bertujuan untuk memberi pengetahuan dan pemahaman kepada masyarakat, serta meningkatkan meningkatkan kesedaran mengenai pelbagai masalah pendengaran, pertuturan-bahasa, dan komunikasi.
Pada pandangan umum, masalah ini selalu terjadi dalam kalangan orang tua, orang kelainan upaya dan yang kurang berkemampuan. Tetapi, hakikatnya, masalah ini boleh terjadi kepada sesiapa sahaja tidak mengira faktor usia, latar belakang ekonomi atau keturunan. 





Istimewa sempena Bulan Dengar & Cakap di InnoHear Centre:
  • Program saringan pendengaran untuk orang awam: hubungi InnoHear jika anda inginkan kami menjalankan program saringan di tempat kerja atau kejiranan anda 
  • Ujian pendengaran dan percubaan alat bantu pendengaran PERCUMA di InnoHear Centre
  • HARGA ISTIMEWA dan DISKAUN HEBAT untuk alat bantu pendengaran.




MAY is BETTER HEARING & SPEECH MONTH (BHSM)

MAY is Better Hearing and Speech Month. It is a global yearly programme in May to raise public awareness, knowledge, and understanding of the various forms of communication impairments to include those of hearing, speech, language, and voice. Communication impairments affect the most vulnerable in our society - the young, the aged, the disabled, and the poor.

Special Offers during BHSM @ InnoHear Centres:

  • Hearing screening for public: contact us if you’d like to do a screening programme at your workplace or neighbourhood
  • FREE hearing test and hearing trial in all InnoHear Centres
  •    SPECIAL PRICES and GREAT DISCOUNTS on HEARING AIDS

click this link to know more about Interton Hearing Aid




di hadapan pintu

pandangan dari jalan







Friday, 20 January 2012

Apa itu ujian saringan pendengaran bayi baru lahir? (Newborn Hearing Screening)

INFORMASI UNTUK

IBU BAPA

Ujian saringan pendengaran adalah satu ujian yang penting memastikan sistem pendengaran bayi-bayi yang baru lahir dalam yang sihat (dalam erti kata lain = NORMAL). Pengurusan masalah pendengaran dapat dilakukan segera sekiranya masalah ini dapat dikesan pada awal usia (seawal 0-3 bulan).


Apakah kepentingan ujian saringan pendengaran?
Bayi dan kanak-kanak kecil mempelajari bahasa dan pertuturan pada kadar yang begitu cepat. Pembelajaran bahasa, pertuturan dan cara komunikasi sangat bergantung kepada kebolehan seseorang bayi untuk mendengar bahasa dan pertuturan pada awal usianya. Jika bayi ini mengalami masalahpendengaran, kebolehannya untuk mendengar bunyi-bunyi pertuturan di    sekitarnya akan berkurangan atau mungkin tiada langsung. Ini menyebabkan berlakunya kelambatan dalam perkembangan bahasa dan pertuturan bayi tersebut, lalu menyukarkan           komunikasi bersama ahli keluarga dan persekitarannya


Bila ujian ini dilakukan?

Ujian ini dilakukan sebaik sahaja selepas kelahiran, sebelum keluar dari hospital. Sebaik-baiknya ujian saringan pendengaran dijalankan sebelum bayi berumur 2 bulan.


Bagaimana ujian saringan
ini dilakukan?

Ujian yang dilakukan ialah pancaran otoakustik (OAE). Fon telinga akan mengeluarkan bunyi-bunyi perlahan ke dalam salur telinga bayi anda. Respons daripada telinga akan diukur secara       automatik oleh alat ini.


Adakah ujian ini   menyakitkan?
Ujian saringan pendengaran adalah selamat dan tidak memberikan sebarang  ketidakselesaan terhadap bayi.


Bagaimana dengan ketepatan 
keputusan ujian?
Keputusan ujian OAE adalah tepat dan sah.


Apakah maksud keputusan ujian?

Keputusan ujian OAE adalah dalam   bentuk ‘pass’ atau ‘refer’. ‘Pass' bermaksud bayi anda tidak mengalami masalah pendengaran semasa ujian dijalankan. Anda akan diberikan maklumat bertulis tentang tahap perkembangan pendengaran dan bahasa yang normal daripada umur bayi hingga kanak-kanak.

Jika anda mempunyai sebarang keraguan mengenai tahap perkembangan pendengaran dan bahasa anak anda nanti, anda boleh merujuk kepada pakar pediatrik anak anda. Tahap pendengaran anak boleh diperiksa pada bila-bila masa.

Jika bayi anda mendapat keputusan ‘refer’, anda akan diminta membawa bayi anda    untuk menjalani ujian saringan kedua pada umur 4-6 minggu. Jika keputusan yang sama diperolehi, bayi anda akan dirujuk kepada audiologis untuk pemeriksaan audiologi selanjutnya.