Showing posts with label AKTIVITI. Show all posts
Showing posts with label AKTIVITI. Show all posts

Thursday, 12 December 2013

SEPETANG BERSAMA ANAK-ANAK SAR JILUL QURAN,KG CHEROK PALOH

Bismillahirrahmanirrahim,

pada 12 November 2013, Innovative Hearing Sdn Bhd (InnoHear) telah menjalankan misi "khidmat komuniti" di Sekolah Agama Rakyat Jilul Quran, Kg Cherok Paloh, Kuantan.

Program Saringan Pendengaran amat sinonim dengan InnoHear atas rasa kesedaran bahawa masih ramai di luar sana yang perlu tahu peri pentingnya pendengaran dan cara penjagaan telinga yang baik dalam kehidupan seharian. InnoHear berasa terpanggil bersama-sama memikul tanggungjawab ini untuk berbakti kepada masyarakat setempat. 

SAR di Kg Cherok Paloh menjadi pilihan pada kali ini kerana jarak yang agak jauh dari bandar Kuantan sebenarnya memberi sedikit cabaran kepada penduduk di situ untuk mendapatkan maklumat tentang pengetahuan mengenai kesihatan pendengaran.

Lawatan InnoHear ke sana disambut dengan hembusan angin dari laut China Selatan. Perjalanan selama hampir 45 minit tidak terasa. Pemandangan yang indah, pantai yang permai, lambaian pokok kelapa dan ru memberi semangat kepada kami untuk meneruskan perjalanan. 


Sampainya kami di sekolah, anak-anak yang comel dan lincah terus menghulurkan salam dan menjemput kami masuk. Subhanallah, adab Islam dipupuk sebaik mungkin dalam diri anak-anak. Guru-guru sekolah juga tersenyum melihat keletah anak murid mereka.

Program dimulakan dengan taklimat mengenai pendengaran kepada mereka. Gambar bahagian-bahagian telinga, model telinga dikongsi bersama untuk memudahkan pemahaman. Pelbagai soalan dilontar oleh anak-anak dijawab mesra oleh Audiologist kami.

Kemudian, ujian saringan pendengaran dimulakan di dalam bilik yang sangat sunyi di sekolah tersebut hinggakan bunyi cengkerik. Secara bergilir-gilir, anak-anak dipanggil untuk ujian tersebut. Cabaran tetap ada apabila mengadakan ujian saringan pendengaran dengan anak-anak berumur sekitar 4-10 tahun. Sifat mereka yang suka eksplorasi agak sukar dihalang apabila semua peralatan yang digunakan ingin mereka cuba. Alhamdulillah, masih boleh dikawal.

Sebagai penutup, pihak InnoHear merakamkan setinggi-tinggi terima kasih kepada pihak sekolah dan guru-guru atas kesudian menerima jemputan kami.
Semoga kita akan berjumpa lagi di lain masa...




Murid-murid bersama Ustazah mereka



p/s: Kepada mana-mana sekolah yang berhasrat untuk mengadakan Program Saringan Pendengaran di sekolah anda, boleh terus hubungi InnoHear (09-5173992)









Wednesday, 18 April 2012

Better Hearing and Speech Month




In conjunction with Better and Hearing Speech Month (BHSM), we would like to invite you readers to visit our centre in Kuantan  and our nationwide centres ( Kuala Lumpur, Ipoh, Klang, Kota Bharu, Damansara, Sungai Petani, and Melaka).  

SPECIAL PROMOTION AWAITS YOU THIS MAY 2012 !!!!


Sempena Bulan Pendengaran dan Pertuturan, anda dialu-alukan untuk berkunjung ke InnoHear Kuantan atau mana-mana cawangan kami di seluruh Malaysia (Kuala Lumpur, Ipoh, Klang, Kota Bharu, Damansara, Sungai Petani, and Melaka)

PROMOSI ISTIMEWA MENANTI ANDA SEPANJANG MEI 2012 INI !!!!!






 **********************************************************

May is Better Hearing and Speech Month

Helping People Communicate

This annual event provides opportunities to raise awareness about communication disorders and to promote treatment that can improve the quality of life for those who experience problems with speaking, understanding, or hearing. We have many resources to help you celebrate BHSM every day.



Bulan Mei adalah Bulan Pendengaran dan Pertuturan

Membantu Komunikasi secara Berkesan

Acara tahunan ini memberi peluang kepada masyarakat tentang kepentingan komunikasi dan mempromosi serta memberi maklumat mengenai kaedah-kaedah untuk mengatasi masalah pendengaran, bercakap atau pemahaman supaya mendapat kualiti hidup yang lebih baik.


14 April 2012 - Booth InnoHear sempena IIUM Fiesta di Berjaya Megamall Kuantan


 InnoHear Booth








13 April 2012 - Interton Workshop 2012 at Kulliyyah of Allied Health Sciences IIUM Kuantan Campus

 Puan Mawarni Ridzuan - Our Sales and Marketing Manager cum Audiologist


 Her with Mr Sean Mc Cann (International Product Trainer/Senior Audiologist Interton GN Resound Asia)


 Training Software Appraise


 During the hands-on session