Thursday 12 December 2013

SEPETANG BERSAMA ANAK-ANAK SAR JILUL QURAN,KG CHEROK PALOH

Bismillahirrahmanirrahim,

pada 12 November 2013, Innovative Hearing Sdn Bhd (InnoHear) telah menjalankan misi "khidmat komuniti" di Sekolah Agama Rakyat Jilul Quran, Kg Cherok Paloh, Kuantan.

Program Saringan Pendengaran amat sinonim dengan InnoHear atas rasa kesedaran bahawa masih ramai di luar sana yang perlu tahu peri pentingnya pendengaran dan cara penjagaan telinga yang baik dalam kehidupan seharian. InnoHear berasa terpanggil bersama-sama memikul tanggungjawab ini untuk berbakti kepada masyarakat setempat. 

SAR di Kg Cherok Paloh menjadi pilihan pada kali ini kerana jarak yang agak jauh dari bandar Kuantan sebenarnya memberi sedikit cabaran kepada penduduk di situ untuk mendapatkan maklumat tentang pengetahuan mengenai kesihatan pendengaran.

Lawatan InnoHear ke sana disambut dengan hembusan angin dari laut China Selatan. Perjalanan selama hampir 45 minit tidak terasa. Pemandangan yang indah, pantai yang permai, lambaian pokok kelapa dan ru memberi semangat kepada kami untuk meneruskan perjalanan. 


Sampainya kami di sekolah, anak-anak yang comel dan lincah terus menghulurkan salam dan menjemput kami masuk. Subhanallah, adab Islam dipupuk sebaik mungkin dalam diri anak-anak. Guru-guru sekolah juga tersenyum melihat keletah anak murid mereka.

Program dimulakan dengan taklimat mengenai pendengaran kepada mereka. Gambar bahagian-bahagian telinga, model telinga dikongsi bersama untuk memudahkan pemahaman. Pelbagai soalan dilontar oleh anak-anak dijawab mesra oleh Audiologist kami.

Kemudian, ujian saringan pendengaran dimulakan di dalam bilik yang sangat sunyi di sekolah tersebut hinggakan bunyi cengkerik. Secara bergilir-gilir, anak-anak dipanggil untuk ujian tersebut. Cabaran tetap ada apabila mengadakan ujian saringan pendengaran dengan anak-anak berumur sekitar 4-10 tahun. Sifat mereka yang suka eksplorasi agak sukar dihalang apabila semua peralatan yang digunakan ingin mereka cuba. Alhamdulillah, masih boleh dikawal.

Sebagai penutup, pihak InnoHear merakamkan setinggi-tinggi terima kasih kepada pihak sekolah dan guru-guru atas kesudian menerima jemputan kami.
Semoga kita akan berjumpa lagi di lain masa...




Murid-murid bersama Ustazah mereka



p/s: Kepada mana-mana sekolah yang berhasrat untuk mengadakan Program Saringan Pendengaran di sekolah anda, boleh terus hubungi InnoHear (09-5173992)









No comments:

Post a Comment