Monday 21 May 2012

Prosedur di InnoHear Kuantan

Situasi A:

Self referred ( sama ada DATANG SENDIRI  atau DENGAN FLYER KAMI atau MELIHAT IKLAN di mana-mana seperti akhbar, radio ) --> ya, anda layak untuk mendapatkan ujian pendengaran percuma dan konsultasi pendengaran secara percuma.

Jika, TIADA MASALAH = PENDENGARAN NORMAL, tahniah !!!!

Jika ADA MASALAH PENDENGARAN, jangan risau, kami akan bagi percubaan alat bantu dengar (Hearing aids trial session) secara percuma. 

i. Berminat untuk beli:

a) Penjawat awam atau pesara kerajaan boleh mendapatkan bantuan dari Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) - lihat (i) kes JPA untuk maklumat terperinci

b) Kanak-kanak atau orang kelainan upaya (OKU) atau kurang berkemampuan boleh mendapatkan bantuan dari Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM), Tabung Bantuan Perubatan (TBP) dan sebagainya. - lihat (ii) kes JKM/TBP untuk maklumat terperinci

c) Kesemua di atas termasuk masyarakat umum, boleh membeli sendiri secara tunai atau cek kepada kami.


Situasi B:

Referred from Government Hospital or Institution (HTAA, Klinik Kesihatan, JKM) --> ya, anda layak untuk mendapatkan ujian pendengaran percuma dan konsultasi pendengaran secara percuma.

i. Kes JPA

Kebiasaannya, pesakit dirujuk dari HTAA akan menjalani percubaan alat bantu dengar dan diberikan sebut harga (quotation) alat yang sesuai untuk mereka.

Pesakit hendaklah membawa sebut harga tersebut ke Hospital Kerajaan untuk mendapatkan surat sokongan dan  pengesahan borang JPA. Sekiranya semua sudah lengkap diisi, hantar kepada JPA melalui kami, kurang dari 1 bulan jawapan bantuan diluluskan akan dikeluarkan.

 ii. Kes JKM/ TBP

Setelah selesai menjalani ujian pendengaran, percubaan alat bantu dengar, sebut harga akan dikeluarkan. Pesakit hendaklah ke JKM terdekat (cth: Pusat Kebajikan Masyarakat Daerah (PKMD) Pekan untuk alamat Pekan, atau ke PKMD Kuantan) untuk isi borang berkenaan.

Tunggu keputusan kelulusan JKM/ TBP.

Sebarang pertanyaan, boleh dikemukakan terus kepada kami :

1. Chat box tepi >>>
2. Komen entri ini.
3. Telefon kami : 09- 517 3992
4. Email: kuantan@innohear.com

Diharap maklumat ini, dapat membantu pembaca blog kami. Syarat-syarat JPA/JKM/TBP mungkin berubah dari semasa ke semasa.

~InnoHear Kuantan (C) copyright ~