Thursday 20 March 2014

PROGRAM BERSAMA PPNP

salam buat semua pembaca dan pengunjung BLOG INNOHEAR KUANTAN.pada hari sabtu 15/3/2014 baru-baru ini,team INNOHEAR telah mengadakan program "SARINGAN PENDENGARAN PERCUMA" untuk PERSATUAN PENGASUH NEGERI PAHANG (PPNP).program ini diadakan di HOTEL ARABIAN RESORT CITY BUKIT GAMBANG.team INNOHEAR dibantu oleh seorang lagi iaitu CIK AINI.kami paparkan gambar-gambar dan aktiviti yang dijalankan semasa program khas buat pembaca dan pengunjung BLOG INNOHEAR.

Antara aktiviti yang kami laksanakan ialah:

1.KESEDARAN PENJAGAAN TELINGA DAN PENDENGARAN OLEH AUDIOLOGIST

2.BOOTH > PUSAT INFORMASI PENDENGARAN
>ALAT BANTU DENGAR
>UJIAN PENDENGARAN PERCUMA

3.UJIAN SARINGAN PENDENGARAN



1. AUDIOLOGIST KAMI SEDANG MEMBERIKAN PENERANGAN TENTANG TELINGA


2. AUDIOLOGIST KAMI SEDANG  MENERANGKAN TENTANG KESEDARAN PENJAGAAN TELINGA


 3.AUDIOLOGIST KAMI MEMBERIKAN KETERANGAN TENTANG PUSAT ALAT BANTU DENGAR KAMI


 4.SESI PERTANYAAN  DAN MENJAWAB SOALAN SEDANG BERJALAN


 5.AUDIOLOGIST KAMI SEDANG MENGAMBIL KETERANGAN PESAKIT


 6.PESAKIT SEDANG MENERANGKAN KEADAAN TELINGANYA


 7.AUDIOLOGIST KAMI SEDANG MANCATAT KEPUTUSAN UJIAN SARINGAN PENDENGARAN


 8.PUSAT INFORMASI PENDENGARAN YANG KAMI SEDIAKAN


 9.CIK AINI (TUDUNG OREN) DAN PPNP SEDANG MEMBERIKAN PERHATIAN KEPADA PENERANGAN AUDIOLOGIST KAMI


10.CIK AINI YANG SETIA MEMBANTU KAMI(TUDUNG OREN)


JIKA ANDA INGIN KAMI BERKUJUNG KE TEMPAT ANDA UNTUK MEMBUAT UJIAN SARINGAN PENDENGARAN PERCUMA,ANDA BOLEH MENGHUBUNGI KAMI DI TALIAN 09-5173992 ATAU EMAIL KAN KEPADA marhakim.kuantan@gmail.com.terima kasih kerana sudi membuka dan membaca blog kami.

Thursday 6 March 2014

Innovative hearing sdn.bhd

Perkhidmatan yang kami sediakan;




1.ujian pendengaran percuma





2.pembekal alat bantu dengar








3.kaunseling pendengaran







Wednesday 5 March 2014

Selamat Hari Pendengaran Sedunia 3 Mac 2014.



Telinga oh Telinga





Telinga; fungsinya untuk mendengar. 
 Semua orang tahu. Kalau diminta kepada kanak-kanak sepuluh tahun untuk menyebut lima panca indera manusia, salah satunya adalah telinga. Dengan telinga jugalah kita mendengar pelbagai input, dari alunan bacaan Quran yang menenangkan jiwa, kemerduan bunyi-bunyi alam, hinggalah ke bingit bunyi hon kenderaan ketika terperangkap dalam kesesakan lalu lintas.

Bagaimanakah proses pendengaran berlaku?
Terdapat tiga bahagian telinga yang bekerja keras bagi memastikan proses pendengaran berlaku dengan sempurna. Tiga bahagian tersebut adalah telinga luar, telinga tengah, dan telinga dalam.  

Bahagian telinga paling luar, dikenali sebagai pinna, berfungsi sebagai pemerangkap bunyi. Bunyi yang dikumpulkan dihantar ke gegendang telinga melalui salur telinga. Getaran gelombang bunyi pada gegendang telinga akan menyebabkan tulang-tulang osikel di telinga tengah bergetar. Proses ini disambung ke bahagian telinga dalam di mana gelombang bunyi tadi akan dihantar ke koklea sebelum dihantar ke otak bagi tujuan pemprosesan bunyi.


Koklea ibaratnya seperti piano kecil di dalam telinga manusia. Gelombang bunyi yang tiba di koklea diterjemahkan sebagai bunyi yang tersendiri berdasarkan getaran pada setiap bahagian yang tertentu di koklea.  

Seorang pensyarah pernah menyebut,

"Human’s cochlea is the most precise piano in the whole world. It can’t be fixed by any man; neither can it be reconstructed by any engineer."

Hebat bukan ciptaan Allah?

Selain koklea sebagai organ pendengaran, telinga dalam turut terdiri daripada organ keseimbangan yang disebut sebagai organ vestibular. Organ vestibular memainkan peranan penting dalam membantu manusia mengawal keseimbangan badan agar tidak jatuh.

Bunyinya seperti mesin, bukan? Kalau diumpamakan seperti mesin sekalipun, mesin inilah yang berperanan besar dalam membantu manusia pada semua peringkat umur; daripada kanak-kanak sehinggalah orang dewasa, dalam mewujudkan sistem komunikasi yang jelas.

Orang dewasa, yang rata-ratanya dalam situasi bekerja, memerlukan pendengaran yang berfungsi dengan baik bagi memudahkan proses komunikasi ketika bekerja. Kalau di rumah, suasana rumah dihidupkan dengan suara pasangan, anak-anak, dan keletah cucu-cicit. Kalau di pejabat, pendengaran yang baik diperlukan dalam menatijahkan hasil kerja yang baik. Kalau di masjid, mempunyai pendengaran yang baik merupakan bonus ketika mendengar sesi pengajaran.



Kanak-kanak pula memerlukan pendengaran yang baik bagi proses pemerolehan bahasa untuk berkomunikasi. Dahulu waktu sedang membesar dengan adik-adik yang masih kecil, emak selalu menegah kalau ada antara kami yang bercakap kasar. Katanya, nanti adik ikut. Kanak-kanak memperoleh bahasa menerusi apa yang didengar. Maka secara kesimpulannya, kanak-kanak perlulah dipastikan mempunyai pendengaran yang baik sejak kecil supaya proses pemerolehan bahasa tidak terbantut. Kalau dibiarkan berpanjangan, kesan jangka panjang itu perlu dilihat dalam konteks yang lebih jauh: pendengaran yang kurang sempurna menyebabkan kanak-kanak tidak dapat mendengar dan memahami pembelajaran dengan baik. Kesannya mereka menjadi kanak-kanak yang ketinggalan dalam pelajaran.

Dalam hal ini, masalah pendengaran yang wujud tidak harus dipandang enteng. Kanak-kanak jarang mengadu kurang dengar, terutamanya yang di awal usia. Kanak-kanak seawal usia dua tahun, kalau masih belum boleh bertutur sepatah dua perkataan, ibu bapa boleh mengesyaki anak mungkin mempunyai masalah pendengaran.



Di Malaysia, audiologis mula mengambil tempat dalam sektor kesihatan sejak awal tahun 2000. Audiologis ialah tenaga mahir yang dilatih untuk membantu mereka yang mempunyai masalah pendengaran dan keseimbangan. Bermula dengan Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), kemudiannya Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM), dan diikuti oleh Universiti Sains Malaysia (USM), lebih 300 graduan audiologis yang telah dilahirkan. Audiologis biasanya berkhidmat di hospital kerajaan dan swasta dan sebilangannya di sekolah pendidikan khas. Selain itu, terdapat audiologis yang berkhidmat di pusat alat bantu pendengaran.

Antara pusat-pusat ini ialah Innovative Hearing Sdn Bhd.  


Syarikat ini merupakan syarikat pengimport dan pengedar alat bantu pendengaran yang dimiliki oleh bumiputera Islam sepenuhnya. Berpusat di Kuala Lumpur dan bergerak dengan nama Innovative Hearing Centre, atau ringkasnya InnoHear, rangkaian pusat-pusat sehenti InnoHear terletak di Kuala Lumpur, Damansara, Klang, Ipoh, Melaka, Kuantan, Kota Bharu, dan Brunei. Selain menyediakan khidmat ujian pendengaran dan kaunseling alat bantu pendengaran, InnoHear juga menyediakan alternatif untuk masalah desingan dalam telinga
- atau dikenali sebagai tinnitus - menggunakan terapi laser MedicLaser+Tinnitool.

Jika sebuah mesin pemprosesan di kilang gagal berfungsi, kelancaran sistem dan produktiviti kilang boleh terganggu. Demikian jugalah dengan telinga yang besar fungsinya kepada manusia. Kelihatan remeh, namun sangat besar anugerah nikmat pendengaran yang Allah berikan. Siapalah kita untuk menidakkan nikmat pendengaran yang Allah berikan daripada Tuhan kepada hambaNya.

Firman Allah:

"Katakanlah (wahai Muhammad): "Bagaimana fikiran kamu, jika Allah melenyapkan pendengaran serta penglihatan kamu, dan Ia pula memeteraikan atas hati kamu? Siapakah Tuhan selain Allah yang berkuasa mengembalikannya kepada kamu?..."(Surah Al-An'aam 6, ayat 36)

Mencegah lebih baik daripada mengubati.  
Hargailah pendengaran kita!