Telinga oh Telinga
Telinga; fungsinya untuk mendengar.

Bagaimanakah proses pendengaran berlaku?
Terdapat tiga bahagian telinga yang bekerja
keras bagi memastikan proses pendengaran berlaku dengan sempurna. Tiga bahagian tersebut adalah telinga
luar, telinga tengah,
dan telinga dalam.
Bahagian telinga paling luar,
dikenali sebagai pinna, berfungsi sebagai pemerangkap bunyi. Bunyi yang dikumpulkan dihantar ke gegendang
telinga melalui
salur telinga. Getaran
gelombang bunyi pada gegendang telinga
akan menyebabkan tulang-tulang osikel di telinga tengah bergetar.
Proses ini disambung ke bahagian telinga dalam di mana gelombang bunyi tadi akan dihantar ke koklea sebelum dihantar ke otak bagi tujuan pemprosesan bunyi.
Koklea ibaratnya seperti piano kecil di dalam telinga manusia. Gelombang bunyi yang tiba di koklea diterjemahkan sebagai bunyi yang tersendiri berdasarkan getaran pada setiap bahagian yang tertentu di koklea.
Seorang pensyarah pernah menyebut,
"Human’s cochlea is the most precise piano in the whole world. It can’t be fixed by any man; neither can it be reconstructed by any engineer."
Hebat bukan ciptaan Allah?
Selain
koklea sebagai
organ pendengaran, telinga dalam turut
terdiri daripada organ keseimbangan yang disebut
sebagai organ vestibular. Organ vestibular memainkan peranan
penting dalam membantu manusia
mengawal keseimbangan badan agar tidak jatuh.
Bunyinya seperti
mesin,
bukan? Kalau diumpamakan seperti mesin
sekalipun, mesin inilah yang berperanan besar dalam membantu manusia pada semua peringkat umur; daripada kanak-kanak sehinggalah orang dewasa, dalam mewujudkan sistem komunikasi yang jelas.
Orang dewasa,
yang rata-ratanya dalam situasi bekerja, memerlukan pendengaran yang berfungsi dengan baik bagi memudahkan proses komunikasi
ketika bekerja. Kalau di rumah, suasana rumah dihidupkan dengan suara pasangan, anak-anak, dan keletah cucu-cicit. Kalau di pejabat, pendengaran yang baik diperlukan dalam menatijahkan hasil
kerja yang baik.
Kalau di masjid, mempunyai pendengaran yang baik merupakan
bonus ketika mendengar sesi pengajaran.

Dalam
hal ini, masalah
pendengaran yang wujud tidak harus dipandang enteng. Kanak-kanak jarang mengadu kurang
dengar, terutamanya yang di awal usia. Kanak-kanak seawal usia dua tahun, kalau masih
belum boleh bertutur sepatah dua perkataan, ibu bapa boleh mengesyaki anak mungkin mempunyai masalah pendengaran.
Di Malaysia, audiologis mula mengambil tempat
dalam sektor kesihatan sejak awal
tahun 2000. Audiologis ialah tenaga mahir yang dilatih untuk membantu mereka
yang mempunyai
masalah pendengaran dan keseimbangan. Bermula
dengan Universiti Kebangsaan
Malaysia (UKM), kemudiannya Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM),
dan diikuti oleh Universiti Sains Malaysia (USM), lebih 300 graduan audiologis yang telah dilahirkan. Audiologis biasanya berkhidmat di hospital
kerajaan dan swasta dan sebilangannya di sekolah
pendidikan khas. Selain itu, terdapat audiologis yang berkhidmat di pusat alat bantu pendengaran.
Antara
pusat-pusat ini ialah Innovative Hearing
Sdn Bhd.
Syarikat
ini merupakan syarikat
pengimport dan pengedar alat bantu pendengaran yang dimiliki oleh bumiputera Islam sepenuhnya. Berpusat di Kuala Lumpur dan bergerak
dengan nama Innovative Hearing
Centre, atau ringkasnya InnoHear, rangkaian pusat-pusat sehenti InnoHear terletak di Kuala Lumpur, Damansara, Klang, Ipoh, Melaka, Kuantan, Kota Bharu, dan Brunei. Selain
menyediakan khidmat
ujian pendengaran dan kaunseling alat bantu pendengaran, InnoHear juga menyediakan alternatif untuk masalah desingan dalam telinga
- atau dikenali sebagai tinnitus - menggunakan terapi laser MedicLaser+Tinnitool.
Jika sebuah mesin
pemprosesan di kilang gagal berfungsi, kelancaran sistem dan produktiviti kilang boleh terganggu. Demikian jugalah dengan telinga yang besar fungsinya
kepada manusia. Kelihatan remeh,
namun sangat besar anugerah
nikmat pendengaran yang Allah berikan. Siapalah kita untuk menidakkan nikmat pendengaran yang Allah berikan
daripada Tuhan kepada hambaNya.
Firman Allah:
"Katakanlah (wahai Muhammad): "Bagaimana fikiran kamu, jika Allah melenyapkan pendengaran serta penglihatan kamu, dan Ia pula memeteraikan atas hati kamu? Siapakah Tuhan selain Allah yang berkuasa mengembalikannya kepada kamu?..."(Surah Al-An'aam 6, ayat 36)
Mencegah lebih
baik daripada mengubati.
Hargailah pendengaran kita!
No comments:
Post a Comment