Monday, 21 May 2012

Prosedur di InnoHear Kuantan

Situasi A:

Self referred ( sama ada DATANG SENDIRI  atau DENGAN FLYER KAMI atau MELIHAT IKLAN di mana-mana seperti akhbar, radio ) --> ya, anda layak untuk mendapatkan ujian pendengaran percuma dan konsultasi pendengaran secara percuma.

Jika, TIADA MASALAH = PENDENGARAN NORMAL, tahniah !!!!

Jika ADA MASALAH PENDENGARAN, jangan risau, kami akan bagi percubaan alat bantu dengar (Hearing aids trial session) secara percuma. 

i. Berminat untuk beli:

a) Penjawat awam atau pesara kerajaan boleh mendapatkan bantuan dari Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) - lihat (i) kes JPA untuk maklumat terperinci

b) Kanak-kanak atau orang kelainan upaya (OKU) atau kurang berkemampuan boleh mendapatkan bantuan dari Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM), Tabung Bantuan Perubatan (TBP) dan sebagainya. - lihat (ii) kes JKM/TBP untuk maklumat terperinci

c) Kesemua di atas termasuk masyarakat umum, boleh membeli sendiri secara tunai atau cek kepada kami.


Situasi B:

Referred from Government Hospital or Institution (HTAA, Klinik Kesihatan, JKM) --> ya, anda layak untuk mendapatkan ujian pendengaran percuma dan konsultasi pendengaran secara percuma.

i. Kes JPA

Kebiasaannya, pesakit dirujuk dari HTAA akan menjalani percubaan alat bantu dengar dan diberikan sebut harga (quotation) alat yang sesuai untuk mereka.

Pesakit hendaklah membawa sebut harga tersebut ke Hospital Kerajaan untuk mendapatkan surat sokongan dan  pengesahan borang JPA. Sekiranya semua sudah lengkap diisi, hantar kepada JPA melalui kami, kurang dari 1 bulan jawapan bantuan diluluskan akan dikeluarkan.

 ii. Kes JKM/ TBP

Setelah selesai menjalani ujian pendengaran, percubaan alat bantu dengar, sebut harga akan dikeluarkan. Pesakit hendaklah ke JKM terdekat (cth: Pusat Kebajikan Masyarakat Daerah (PKMD) Pekan untuk alamat Pekan, atau ke PKMD Kuantan) untuk isi borang berkenaan.

Tunggu keputusan kelulusan JKM/ TBP.

Sebarang pertanyaan, boleh dikemukakan terus kepada kami :

1. Chat box tepi >>>
2. Komen entri ini.
3. Telefon kami : 09- 517 3992
4. Email: kuantan@innohear.com

Diharap maklumat ini, dapat membantu pembaca blog kami. Syarat-syarat JPA/JKM/TBP mungkin berubah dari semasa ke semasa.

~InnoHear Kuantan (C) copyright ~




Wednesday, 18 April 2012

Better Hearing and Speech Month




In conjunction with Better and Hearing Speech Month (BHSM), we would like to invite you readers to visit our centre in Kuantan  and our nationwide centres ( Kuala Lumpur, Ipoh, Klang, Kota Bharu, Damansara, Sungai Petani, and Melaka).  

SPECIAL PROMOTION AWAITS YOU THIS MAY 2012 !!!!


Sempena Bulan Pendengaran dan Pertuturan, anda dialu-alukan untuk berkunjung ke InnoHear Kuantan atau mana-mana cawangan kami di seluruh Malaysia (Kuala Lumpur, Ipoh, Klang, Kota Bharu, Damansara, Sungai Petani, and Melaka)

PROMOSI ISTIMEWA MENANTI ANDA SEPANJANG MEI 2012 INI !!!!!






 **********************************************************

May is Better Hearing and Speech Month

Helping People Communicate

This annual event provides opportunities to raise awareness about communication disorders and to promote treatment that can improve the quality of life for those who experience problems with speaking, understanding, or hearing. We have many resources to help you celebrate BHSM every day.



Bulan Mei adalah Bulan Pendengaran dan Pertuturan

Membantu Komunikasi secara Berkesan

Acara tahunan ini memberi peluang kepada masyarakat tentang kepentingan komunikasi dan mempromosi serta memberi maklumat mengenai kaedah-kaedah untuk mengatasi masalah pendengaran, bercakap atau pemahaman supaya mendapat kualiti hidup yang lebih baik.


14 April 2012 - Booth InnoHear sempena IIUM Fiesta di Berjaya Megamall Kuantan


 InnoHear Booth








13 April 2012 - Interton Workshop 2012 at Kulliyyah of Allied Health Sciences IIUM Kuantan Campus

 Puan Mawarni Ridzuan - Our Sales and Marketing Manager cum Audiologist


 Her with Mr Sean Mc Cann (International Product Trainer/Senior Audiologist Interton GN Resound Asia)


 Training Software Appraise


 During the hands-on session






Wednesday, 25 January 2012

Kepentingan pendengaran

Allah S.W.T berfirman:

… (wahai Muhammad): “Allah yang menciptakan kamu (dari tiada kepada ada), dan mengadakan bagi kamu pendengaran dan penglihatan serta hati (untuk kamu bersyukur, tetapi) amatlah sedikit kamu bersyukur”.            [AL-Mulk :24 ] 

… "bagi sesiapa yang mempunyai hati (yang sedar pada masa membacanya), atau yang menggunakan pendengarannya dengan bersungguh-sungguh (kepada pengajaran itu) dengan menumpukan hati dan fikiran kepadanya'. [Qaf:38 ]

"Sehingga apabila mereka sampai ke neraka, (maka) pendengaran dan penglihatan serta kulit-kulit badan mereka menjadi saksi terhadap mereka, mengenai apa yang mereka telah kerjakan.  Dan tidaklah kamu dapat menyembunyikan (kemaksiatan kamu) , bahawa akan memberikan kesaksian pendengaran, penglihatan-penglihatan dan kulit-kulit kamu, bahkan kamu menyangka Allah tidak mengetahui banyak tentang apa yang kamu lakukankan”.                                               [Fussilat: 21-22 ]

“Dan janganlah kamu mengikuti apa yang tidak ada bagimu ilmu/pengetahuan; Sesungguhnya pendengaran, penglihatan dan hati, semuanya itu akan ditanya/dipertanggungjawab​kan” (Al-Isra’ 17:36).

“Katakanlah (Muhammad): ‘ Terangkanlah kepadaku, jika Allah mencabut pendengaran dan penglihatan kamu, serta ditutup hati kamu, siapakah tuhan selain dari Allah yang dapat mengembalikan mereka kepada kamu’ “? (Al-An’am 6:46)

Apakah kemungkinan alasan di sebalik sebutan “mendengar” mendahului “melihat” dalam Al-Quran ?

1 – Pendengaran terbentuk lebih dahulu sebelum penglihatan di peringkat embrio, dan ia adalah deria pertama yang berfungsi dalam kehidupan. Fungsi pendengaran akan bermula pada bayi selepas kelahirannya, tidak sepertimana mata yang tidak berfungsi di saat bayi dilahirkan.

Dengan kata lain, Allah SWT menyatakan kepada kita bahawa pendengaran berfungsi pada awal bayi. Jika suatu bunyi gangguan dihasilkan berhampiran bayi yang baru lahir, dia merasa ketakutan dan menangis. Tapi jika tangan mendekati bayi yang sama, ia tidak bergerak atau tidak merasai bahayanya.

2 – Telinga lebih disukai dan lebih unggul dari mata, kerana ia tidak berhenti berfungsi semasa tidur. Sejak mula kehidupan, telinga befungsi selepas sahaja kelahiran, sementara beberapa organ lain mengambil masa beberapa hari atau tahun untuk berfungsi.

Mata memerlukan cahaya untuk melihat. Sinar cahaya yang terpantul pada objek-objek, kemudian masuk ke mata untuk melihat objek tersebut.. Jika gelap, mata tidak boleh berfungsi, tetapi telinga boleh berfungsi siang dan malam.

3 – Telinga adalah penghubung antara manusia dan dunia. Ketika Allah Yang Maha Kuasa menetapkan bahawa manusia di dalam gua tersebut tidur beberapa ratus tahun, Allah berfirman;

“Kemudian Kami tutup telinga mereka di gua itu selama beberapa tahun ” (Al-Kahfi 18: 11)

Oleh kerana itu ketika telinga tidak fungsi, orang di dalam gua tersebut tidur ratusan tahun tanpa gangguan apapun. Pergerakan bising di siang hari, berbanding dengan keheningan malam, menghalang manusia untuk tidur nyenyak. Namun, telinga tidak pernah tidur atau kehilangan perhatian.

Di dapati sebutan pendengaran mendahului penglihatan dalam Al-Quran, kecuali dalam satu ayat yang berkaitan hari kiamat di mana Allah SWT berfirman:

“Dan seandainya kamu melihat oranng-orang yang melakukan dosa menundukkan kepala mereka di hadapan Tuhan Pencipta mereka, (mereka berkata) wahai Tuhan kami , kami telah melihat dan kami mendengar , maka kembalikanlah kami (ke dunia), nescaya kami akan mengerjakan amal kebajikan , sungguh kami adalah orang –orang yang yakin”. (As-Sajdah 32: 12)

Dalam ayat ini saja Allah mendahulukan perkataan “melihat” daripada “mendengar”, apabila keadaan ngeri dan dasyatnya hari kiamat diperlihatkan kepada khalayak manusia sebelum didengari. Allah Yang Lebih Mengetahui.


Terjemahan artikel: What is the reason behind advancing hearing over sight in the Holy Quran? – Dr Sharif Kaf Al-Ghazal


Sumber:


Al-Quran


http://www.quranandscience​.com





Pendengaran : Awal dan Akhir

Hadith mengenai PENDENGARAN


1. Pancaindera yang pertama

Pendengaran lebih dahulu berfungsi dari pada penglihatan yang difahami dari informasi al-Quran, dan diperkuat oleh al-Hadits, yang mengajarkan bayi lahir diazankan dari telinga kanannya dan diiqamatkan di telinga kirinya, jika bayinya lelaki,dan diiqamatkan di telinga kanan-kirinya jika bayinya perempuan.


Diriwayatkan dari Abi Rafi’  Maula Rasulillah saw. ra.,

قاَلَ : رَأَيْتُ رَسُوْلَ اللهِ صلى الله عليه وسلم اَذَّنَ فيِ اُذُنِ الْحُسَيْنِ بن عَلى حِيْنَ وَلَدَتْهُ فاَطِمَةُ بِا الصَّلاَةِ  رَضِيَ اللهُ عَنْهُمْ  . رواه ابو داود والترمذي وغيرهما

bahwa dia melihat Rasulullah SAW mengadzankan dengan adzan shalat di telinganya Husein bin Ali, ketika telah dilahirkan oleh Fathimah. Riwayat Abu Dawud, al-Turmudzy, dan rawi lainnya.
Menurut Jamaah : Dianjurkan diadzankan ditelingan kanannya dan diiqamahkan ditelinga kirinya, dan telah diriwayatkan dalam Ktab Ibnu Sinniy dari Husein bin ‘Ali, bahwa nabi SAW bersabda :

مَنْ وَلَدَ لَهُ مَوْلُوْدٌ  فَأَذَّنَ فِيْ اُذُنِهِ الْيُمْنىَ وَاَقاَمَ فِيْ اُذُنِهِ الّيُسْرىَ  لَمْ تَضُرْهُ اُمُّ الصِّبْيَانِ

Barang siapa yang anaknya lahir dan diadankan di telinga kanannya dan diiqamahkan di telinga kirinya, maka tidak akan dapat diganggu oleh Ummushshibyaan (Saithan yang diberi tugas menggoda anak yang baru lahir).






Sumber: google


2. Panca indera terakhir saat kematian


Jika dalil-dalil dan hadith-hadith di atas menunjukkan pendengaran adalah pancaindera pertama yang lebih dahulu berfungsi, maka ternyata pendengaran juga yang paling akhir  berfungsi, sehingga ketika sakratul maut, manusia dianjurkan untuk ditalqinkan, yang artinya  diajari, diingatkan, serta diajar mengucapkan kalimat syahadah:

Rasulullah SAW dalam salah satu sabdanya:

لَقِّنُواْ مَوْتىكُمْ بِقَوْلِ ” لآَِالهَ اِلاَّ  اللهُ

Tuntunlah oleh kamu orang yang hampir mati itu dengan bacaan “Laa ilaaha Illallaah” (tiada Tuhan selain Allah)

Hadith ini sering disalah ertikan oleh kebanyakan muslimin, bahawa orang yang sudah meninggal , saat ditalqinkan, walhal erti talqin itu sendiri adalah mengajar, bererti untuk orang yang masih dapat hidup, bermaksud sebelum mati, maka harus diajar mengucapkan Laa ilaaha Illallaah.


Sabda Rasulullah ini secara tidak langsung menunjukkan bahawa orang yang sudah hampir mati pun pendengarannya masih berfungsi. Maka dapat disimpulkan pendengaran adalah pancaindera manusia yang pertama kali berfungsi dan juga  yang terakhir.


Wa Allahu A’lam