Friday 20 January 2012

Apa itu ujian saringan pendengaran bayi baru lahir? (Newborn Hearing Screening)

INFORMASI UNTUK

IBU BAPA

Ujian saringan pendengaran adalah satu ujian yang penting memastikan sistem pendengaran bayi-bayi yang baru lahir dalam yang sihat (dalam erti kata lain = NORMAL). Pengurusan masalah pendengaran dapat dilakukan segera sekiranya masalah ini dapat dikesan pada awal usia (seawal 0-3 bulan).


Apakah kepentingan ujian saringan pendengaran?
Bayi dan kanak-kanak kecil mempelajari bahasa dan pertuturan pada kadar yang begitu cepat. Pembelajaran bahasa, pertuturan dan cara komunikasi sangat bergantung kepada kebolehan seseorang bayi untuk mendengar bahasa dan pertuturan pada awal usianya. Jika bayi ini mengalami masalahpendengaran, kebolehannya untuk mendengar bunyi-bunyi pertuturan di    sekitarnya akan berkurangan atau mungkin tiada langsung. Ini menyebabkan berlakunya kelambatan dalam perkembangan bahasa dan pertuturan bayi tersebut, lalu menyukarkan           komunikasi bersama ahli keluarga dan persekitarannya


Bila ujian ini dilakukan?

Ujian ini dilakukan sebaik sahaja selepas kelahiran, sebelum keluar dari hospital. Sebaik-baiknya ujian saringan pendengaran dijalankan sebelum bayi berumur 2 bulan.


Bagaimana ujian saringan
ini dilakukan?

Ujian yang dilakukan ialah pancaran otoakustik (OAE). Fon telinga akan mengeluarkan bunyi-bunyi perlahan ke dalam salur telinga bayi anda. Respons daripada telinga akan diukur secara       automatik oleh alat ini.


Adakah ujian ini   menyakitkan?
Ujian saringan pendengaran adalah selamat dan tidak memberikan sebarang  ketidakselesaan terhadap bayi.


Bagaimana dengan ketepatan 
keputusan ujian?
Keputusan ujian OAE adalah tepat dan sah.


Apakah maksud keputusan ujian?

Keputusan ujian OAE adalah dalam   bentuk ‘pass’ atau ‘refer’. ‘Pass' bermaksud bayi anda tidak mengalami masalah pendengaran semasa ujian dijalankan. Anda akan diberikan maklumat bertulis tentang tahap perkembangan pendengaran dan bahasa yang normal daripada umur bayi hingga kanak-kanak.

Jika anda mempunyai sebarang keraguan mengenai tahap perkembangan pendengaran dan bahasa anak anda nanti, anda boleh merujuk kepada pakar pediatrik anak anda. Tahap pendengaran anak boleh diperiksa pada bila-bila masa.

Jika bayi anda mendapat keputusan ‘refer’, anda akan diminta membawa bayi anda    untuk menjalani ujian saringan kedua pada umur 4-6 minggu. Jika keputusan yang sama diperolehi, bayi anda akan dirujuk kepada audiologis untuk pemeriksaan audiologi selanjutnya.






No comments:

Post a Comment