Wednesday 25 January 2012

Masalah pendengaran akibat terdedah kepada kebisingan yang melampau


Adakah anda mempunyai masalah pendengaran akibat terdedah kepada KEBISINGAN MELAMPAU?


Anda digalakkan berjumpa dengan Audiologis untuk menjalani ujian pendengaran lengkap. Audiologis boleh membantu anda   mendapatkan alat perlindungan pendengaran yang sesuai dan memberi nasihat tentang penjagaan   pendengaran.
             Audiologis juga akan mencadangkan alat bantu pendengaran yang sesuai jika terdapat masalah pendengaran.

  Masalah pendengaran akibat kebisingan
(Noise induced hearing loss – NIHL)

 Masalah pendengaran akibat kebisingan (NIHL) berlaku apabila sel rerambut telinga dalam dan saraf pendengaran menjadi kurang sensitif terhadap bunyi. Ini berlaku akibat pendedahan yang berterusan kepada bunyi-bunyi yang terlampau bising. NIHL selalunya tidak dapat diubati, namun ia boleh dicegah daripada berlaku.


Sumber : youtube


 Apa yang mengakibatkan NIHL?

 Pendedahan berterusan tanpa perlindungan terhadap bunyi-bunyi bising melebihi 85 desibel:
· Peralatan industri – kilang, pelantar minyak, lombong bijih
· Jentera berat – tapak pembinaan, kenderaan industri
· Senjata api
· Peralatan makmal/ perubatan ultrasonik berintensiti tinggi
· Alat muzik – orkestra, band


Sumber: google




 Apa yang boleh dilakukan untuk mencegah NIHL?

 Program penjagaan pendengaran:
a) Pemeriksaan dan pemantauan pendengaran setiap tahun
b) Pengukuran bunyi bising di tempat kerja
c) Penggunaan peranti perlindungan pendengaran (hearing protectors)






Plag Telinga Perlindung Kebisingan @                           (Noise protection ear plugs)





· Dibuat khas mengikut saiz telinga anda. Oleh itu, ia memberikan perlindungan yang terbaik terhadap bunyi bising.
  · Alat perlindungan pendengaran yang disyorkan kepada mereka yang terdedah kepada bunyi bising berterusan.
· Efektif dalam mengurangkan kebisingan ke tahap yang selamat, tapi tidak menghalang komunikasi.
· Bersaiz kecil, selesa dan mudah dibawa ke mana-mana.



 PLAG TELINGA OLEH INNOVATIVE HEARING

 · Dibuat khas mengikut saiz telinga.
· Terdapat dalam pelbagai saiz & warna mengikut keperluan pendengaran di tempat kerja.

No comments:

Post a Comment