Friday 20 January 2012

FAKTOR RISIKO UNTUK MASALAH PENDENGARAN


A. BAYI YANG BARU LAHIR SEHINGGA 28 HARI

  1. Faktor keturunan atau genetik.
  2. Jangkitan semasa ibu mengandung seperti demam rubella, siflis, cytomegalovirus, herpes dan toksoplasmosis.
  3. Berat bayi semasa lahir kurang dari 1.5 kg.
  4. Jaundis / demam kuning pada bayi sehingga memerlukan pemindahan darah.. Ubat-ubatan Ototoksik (berbahaya untuk telinga)
  5. Bakteria Meningitis. Bakteria Meningitis, jangkitan telinga  dan jangkitan lain yang boleh menyebabkan masalah pendengaran.
  6. Sindrom (cth: sindrom down) yang berkemungkinan menyebabkan  hilang pendengaran.
  7. Bayi yang menggunakan alat bantu pernafasan (dalam inkubator) lebih dari    5 hari.
  8.  Bayi yang mengalami kecacatan pada muka (cth: tiada lubang telinga)
  9. APGAR skor 0-4 dalam 1 minit atau   0-6 dalam 5 minit (respon bayi semasa kelahiran).
  10.  Ibu hamil yang mengambil dadah.


 B. BAYI SELEPAS 28 HARI SEHINGGA 2 TAHUN

  1. Faktor 1 – 10 (A).
  2. Kerisauan ibu bapa terhadap perkembangan pertuturan anak-anak yang lambat.
  3.  Trauma atau hentakan kuat  pada telinga atau kepala.
  4.  Stigmata atau wujudnya sebarang sindrom (cth: sindrom down) yang akan mengakibatkan  hilang pendengaran.
  5. Jangkitan otitis media berulang atau tetap sekurang-kurangnya 3 bulan.

No comments:

Post a Comment